KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam, Jun tahun lalu.
Siti Nuramira Abdullah, 27, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan, semasa perbicaraan kes di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.
Mahkamah memerintahkan wanita itu dipenjara empat bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan pilihan, dia didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama lain dengan menyebut bahawa dia seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudiannya membuka tudung dan menanggalkan baju kurung.
Kesalahan dilakukan sewaktu persembahan di atas pentas, di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pada jam 6 petang, 4 Jun 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob sementara tertuduh diwakili peguam, R Sivaraj.
Semasa prosiding, Abdul Malik berkata, Siti Nuramira telah memfailkan representasi berhubung kes ini pada 16 Mac lalu dan ia telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)
“Oleh itu pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh,” katanya.
Sejurus dia menukar pengakuan kepada bersalah, pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan tersebut telah mengundang perhatian orang ramai.
Walaupun hukuman di bawah seksyen itu lebih ringan namun beliau berkata, ia tidak bermaksud kesalahan tertuduh adalah tidak serius.
Sivaraj kemudiannya merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan iaitu berbentuk denda.
Menurutnya, Siti Nuramira baru sahaja berkahwin empat bulan lalu dan hanya mahukan kehidupan yang aman.
“Dia sudah lama tidak aktif dalam media sosial kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi.
“Anak guam saya juga menyesal dengan perbuatan itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.
Pada 22 Mac lalu, mahkamah memberi amaran bahawa perbicaraan membabitkan Siti Nuramira boleh dijalankan di rumah atau hospitalnya jika dia masih tidak hadir ke mahkamah.
Mahkamah mengeluarkan peringatan itu apabila pasukan pembelaan memberitahu bahawa Siti Nuramira sekali lagi tidak hadir pada prosiding itu.
Sehari sebelum itu, perbicaraan kes ditangguhkan selepas tertuduh diberi sakit kerana sakit perut.
Pada 13 Julai tahun lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 17 2023
Siti Nuramira Abdullah, 27, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan. - Foto BERNAMA
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes wanita yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai Jalan Petaling, April lalu.
Mahkamah perintah wanita tanggal baju jalani pemeriksaan di Hospital Bahagia
Mahkamah perintah bekas model sambilan menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.
Wanita tanggal baju di Jalan Petaling diikat jamin
Selepas lapan hari ditahan di Penjara Kajang, wanita yang menanggalkan bajunya di Jalan Petaling baru-baru ini dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.